PROGRAM RAIKAN SYAWAL JBPM KL

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengarah bersama pegawai-pegawai kanan JBPM KL telah hadir ke 19 buah balai, Cawangan Forensik Kebakaran dan Pusat Gerakan Operasi bagi menyantuni semua pegawai yang bertugas serta pegawai-pegawai kadet KB29 & KB41 yang menjalani program β€˜attachment’ di balai sepanjang hari raya tahun ini. Semasa lawatan tersebut, Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan JBPM KL juga menyerahkan bungkusan raya sumbangan PERSKEB KL dan PERISMA KL pada 2 Mei 2022 yang lalu.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Komandan ABPM Wilayah Tengah, YS PKPjB Muhamad Azmi Bin Ismail dan pegawai-pegawai kanan Akademi. Mereka hadir bagi meninjau dan memantau aktiviti 66 orang pegawai kadet ditempatkan di 10 buah balai di Kuala Lumpur.

Semoga kehadiran pegawai-pegawai Jabatan & sedikit sumbangan raya ini dapat menyuntik semangat semua pegawai dan keluarga serta memeriahkan sambutan syawal pada tahun ini.

 

SUMBER: FB JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WP KLΒ https://www.facebook.com/JBPMKL