AKTIVITI PEMANTAUAN BANDAR GEORGETOWN PADA WAKTU MALAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah turun padang malam 7 Mei 2022, bersama-sama Unit Rondaan Berbasikal (URB) MBPP dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengadakan rondaan di sekitar bandaraya terutamanya di kawasan “hotspot” pelancongan yang dibanjiri pengunjung tempatan mahupun luar negeri.

Dilaporkan sebanyak 2.85 juta kenderaan telah memasuki Pulau Pinang (bahagian Pulau) sejak 29 April 2022 sehingga 5 Mei 2022. Sejumlah besar tindakan tegas penguatkuasaan telah dikenakan terhadap para pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab dan menjadi punca halangan dan kesesakan lalulintas.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang turut menyeru kepada semua pemilik kenderaan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak bersikap mementingkan diri terutamanya pada musim perayaan dan cuti umum demi keselesaan bersama.

YBhg. Datuk Bandar dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut menyampaikan nasihat dan teguran kepada orang awam agar tidak menyewa dan menggunakan e-skuter di atas jalan raya berdasarkan faktor keselamatan diri dan membahayakan orang lain.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …