MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PANGLIMA TENTERA DARAT BERLANGSUNG MERIAH

KUALA LUMPUR, 8 MEI 2022 – Pelestarian kesejahteraan warga terus diharmonikan dalam keluarga Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan berlangsung meriah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Panglima Tentera Darat di Kediaman Rasmi Army House pada 7 dan 8 Mei 2022 bersamaan dengan 6 dan 7 Syawal 1443H.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Hj Mustapha menyambut ketibaan para jemputan seawal jam 9.00 pagi di perkarangan Kediaman Rasmi Army House, Kem KEMENTAH.

Antara yang hadir pada hari pertama adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara), mantan-mantan Panglima Tentera Darat dan pegawai-pegawai kanan TDM.

Manakala pada hari kedua, majlis telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, dan mantan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Bersara) dan isteri, Puan Sri Norlida binti Hj Abd Mubin.

Kemeriahan keluarga TDM dalam majlis yang berlangsung meriah ini turut dikunjungi oleh pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah, Markas Tentera Darat. Jalinan silaturahim erat terus diperkasakan di majlis ini turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara dan ahli keluarga serta sahabat handai Tan Sri PTD dan Puan Sri.

Pelaksanaan majlis sebegini adalah selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke–28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga”, yang memfokuskan kepada aspek kebersamaan warganya.

 

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut