KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PERDANA MENTERI DAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI TAHUN 2022

PUTRAJAYA, 8 Mei 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Seri Perdana pada kira-kira 11.30 pagi disambut Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Seri Paduka Baginda kemudiannya diiringi ke bilik santapan khas untuk bersantap juadah tradisi ala desa.

Majlis dengan tema Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri itu merupakan rumah terbuka pertama dihoskan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021 dan barisan Kabinet beliau.

Usai bersantap, Seri Paduka Baginda berkenaan berangkat ke khemah utama di Laman Sari untuk beramah mesra dengan rakyat yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu.

Diiringi Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda berkenan menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang teruja dengan kehadiran Seri Paduka di khemah yang disediakan untuk Keluarga Malaysia yang hadir, serta turut memenuhi permintaan rakyat yang ingin berswafoto.

Sumber: Laman FB Istana Negara dan Bernama Official

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …