PEMERIKSAAN TADBIR TAHUNAN BATALION KE-21 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PANGLIMA BRIGED KELAPAN INFANTRI

 

KOTA BHARU – Pasukan Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) telah melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Panglima Briged Kelapan Infantri (8 Bgd) pada 29 April 2022. Pemeriksaan tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 8 Bgd, Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha’ari bin Kamis@Shaffiee bertempat di Pasukan 21 RAMD, Kem Pengkalan Chepa.
Ketibaan Panglima 8 Bgd disambut oleh Pegawai Memerintah 21 RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Samsol bin Haji Giman. Tadbir Tahunan dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kuarter di Balai Pengawal Pasukan dan acara diteruskan dengan Perbarisan Tadbir Tahunan di Padang Kawad Pasukan melibatkan 14 Pegawai dan 192 Lain-Lain Pangkat (LLP). Seterusnya, Panglima 8 Bgd diperkenalkan kepada semua Pegawai 21 RAMD sebelum ke Bilik Diraja Pasukan bagi sesi Taklimat Perkara Am, Perkara Tadbir dan Perkara Logistik.
Panglima 8 Bgd kemudian meninjau Latihan Operasi Di Kawasan Terbina (OBUA) yang dilaksanakan di kawasan Dewan Latih Pasukan. Taklimat perlaksanaan latihan telah disampaikan oleh Ketua Kompeni A, Mejar Saiful Mahathir bin Bongsu sebelum Latihan dipertontonkan oleh gabungan Kompeni A, Kompeni B dan Kompeni C. Panglima 8 Bgd seterusnya membuat pemeriksaan di Kompeni Markas merangkumi pemeriksaan kawasan dan pemeriksaan peralatan Head to Toe.
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia, acara diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Panglima 8 Briged Serta Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 8 Bgd bersama Ahli-Ahli BAKAT 21 RAMD. Selepas Solat Isyak dan Solat Tarawih, Tazkirah Ringkas telah disampaikan sebagai peringatan kepada seluruh Warga Setia Berani sempena hujung Ramadhan dan persiapan menyambut Syawal.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …