UMK KOMERSIL PRODUK KUNYIT HITAM

 

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) giat membangunkan Projek Perintis Ladang Agroforestry berkaitan produk kesihatan berasaskan kunyit hitam yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan.

Ketua Projek Perintis Ladang Agroforestry UMK, Pensyarah Kanan FBKT, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata, projek mengkomersialkan kunyit hitam atau nama saintifiknya ‘kaempfiera parviflora’ itu dilakukan dengan kerjasama pasukan penyelidik dari Syarikat Magical Wisdom Sdn Bhd di bawah bimbingan Dr Fung Fwei Chong.

Menurutnya, menyedari potensi besar tumbuhan herba itu pihak UMK dan Magical Wisdom mengusahakan sebanyak 200,000 anak benih kunyit hitam yang di tanam secara organik tanpa menggunakan baja kimia.

“Setiap pokok dirawat dengan agen kawalan bakteria bagi mengawal anak pokok dari serangan kulat, serangga dan ulat daun serta sebagai agen pembajaan biologi bagi memastikan anak-anak pokok kekal sihat, menerima mineral yang diperlukan serta mempercepatkan pertumbuhan.

“Selain itu, tanah yang digunakan juga dirawat dengan agen bioremediasi supaya bebas dari racun kimia hidrokarbon dan logam berat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dr Wan Mohd Faizal berkata, kunyit hitam adalah spesis tumbuhan herba perubatan dari jenis halia dan digunakan sebagai ubat tradisional sejak zaman dahulu.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut