200 LITER MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN KE NEGARA JIRAN

 

PASIR MAS 05 Mei : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 8 dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat disini hari ini.
Sejumlah 200 liter minyak petrol disyaki dalam cubaan diseludup ke negara jiran telah ditahan bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia.
Hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan tersebut telah diubahsuai dibahagian belakang kerana terdapat tangki tambahan yang disyaki untuk digunakan bagi tujuan penyeludupan petrol dan juga bertujuan mengaburi pihak berkuasa.
Semua barang kawalan dan kenderaan terbabit telah disita dan nilai drp rampasan dianggarkan sebanyak RM 15,471.50.
Kes dihasilkan dalam Operasi Bersepadu Membanteras Penyeludupan Barang Kawalan sekitar sempadan negara dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kerjasama antara agensi penguatkuasaan dalam membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara sentiasa dijalankan dari masa ke semasa.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …