OPS MOTOSIKAL SEMPENA OPS SELAMAT AIDILFITRI 18/22 PERINGKAT IPD KUALA KRAI

 

KUALA KRAI, 3 May 2022 – Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Kuala Krai, Insp Mohd Hasrul bin Che Pa, bersama 4 anggota telah jalankan tugas Ops Motosikal di KM66 Jalan Kota Bharu-Gua Musang pada petang semalam sempena Ops Selamat Aidilfitri 18/22.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 50 buah kenderaan telah diperiksa dan hasil pemeriksaan pihak BSPTD telah menyita 3 buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan pengubahsuaian dan tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan. Sebanyak 32 keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalanraya antaranya tidak ada nombor plat, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi, tidak memakai topi keledar dan pelbagai kesalahan yang melanggar peraturan jalan raya.
Operasi berterusan secara mengejut akan terus dijalankan sepanjang tempoh Ops Selamat 18/2022 bagi membendung kegiatan samseng jalanan dan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta memberi kesedaran dan keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …