OPS MOTOSIKAL DAN PENGUATKUASAAN OPS SELAMAT 18 BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KUALA KRAI BERSAMA JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

 

KUALA KRAI, 6 Mei 2022 – Satu Ops Motosikal telah diadakan di Simpang Sungai Durian, KM 65 Jalan Kota Bharu- Gua Musang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Kuala Krai bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Krai.
Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 45 buah kenderaan telah diperiksa dan 25 keping saman telah dikeluarkan oleh BSPTD IPD Kuala Krai atas pelbagai kesalahan.
Operasi yang dijalankan ini adalah untuk menguatkuasa undang-undang jalan raya dan sebagai salah satu langkah mencegah kemalangan jalan raya khususnya yang melibatkan penunggang motosikal.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …