PEMANTAUAN PEMBUKAAN PINTU SEMPADAN ANTARABANGSA KOMPLEKS ICQS RANTAU PANJANG OLEH PEMANGKU KETUA POLIS KELANTAN

 

PASIR MAS – Pemangku Ketua Polis Kelantan, YDH DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Hj Harun telah membuat pemantauan keatas Pembukaan Pintu Sempadan Antarabangsa di ICQS Rantau Panjang.
Terdahulu Pemangku Ketua Polis Kelantan telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pembukaan Pintu Sempadan Antarabangsa Bil. 01/2022 di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.
Sebelum pemantauan dijalankan, Pemangku Ketua Polis Kelantan telah ditaklimatkan terlebih dahulu berkaitan Pengoperasian Pembukaan Pintu Sempadan Antarabangsa oleh YBrs Tuan Mohd Azham bin Mohd Zainun, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Kelantan (Pengurusan) dan YBrs Dr Wan Razanah binti Wan Abd Rahim, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Turut hadir ACP Nasaruddin bin M. Nasir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Kelantan, Ketua Polis Dereah Tumpat,Ketua polis Daerah Jeli, Pegawai-pegawai kanan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Pembukaan Pintu Sempadan Antarabangsa.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …