DIDIK GENERASI MUDA CINTAKAN SOLAT BERJEMAAH – YB DATO’ AZAMI

 

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Sr. Azami Mohd Nor menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Istiqamah Solat Subuh Berjemaah 40 Waktu berupa basikal kepada adik-adik yang berjaya menyahut cabaran tersebut di Masjid Ar-Rasyidin Mukim Patek, pada 30 April 2022.
Dalam ucapannya, beliau menghargai program seperti ini sebagai satu usaha mendidik anak-anak mendekatkan diri dengan masjid dan konsisten solat Subuh berjemaah.
Program anjuran masjid berkenaan bertujuan memupuk semangat anak-anak mukim yang berusia belasan tahun untuk sentiasa menunaikan solat berjemaah bagi melahirkan generasi pelapis yang mencintai aktiviti memakmurkan masjid.
Turut hadir, Penghulu Mukim Patek, Mohd Zuki Mat Ali dan AJK Masjid Ar-Rasyidin.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …