KOTA BHARU – Dataran Bandaraya Kota Bharu semalam meriah dengan kehadiran tokoh-tokoh pemuisi Kelantan sempena malam Santai Puisi Raya anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC).
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Kaum, Kebudayaan, Warisan dan Perlancongan Negeri YB Mejar (B) Datoโ Md Anizam Ab Rahman turut mendeklamasikan puisi, selain tokoh-tokoh pemuisi Kelantan seperti Siti Nur Zafran Zainal Abidin, Abdul Hadi Yusoff, Aminuddin Mamat, Salleh Yaacob dan M. Arif Padang Mokan juga mengambil bahagian.
Sebagai simbolik malam puisi raya, seramai enam orang belia dari ahli Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera) dijemput bagi mengendalikan empat beca elektrik. Majlis diserikan dengan persembahan dikir barat daripada Rozi Kemang Berduri dan Pok Nik Har Senandung Malam serta nyanyian kumpulan Buskers Kota Bharu.