TIPU URUSAN JUAL BELI DURIAN DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI D4 DURIAN

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

IPD Timur Laut melaporkan menjelang musim durian, kes-kes penipuan pembelian durian atas talian mula meningkat di daerah Timur Laut

Modus Operandi

  • Mangsa melihat iklan penjualan durian dengan harga murah dalam aplikasi Facebook, Instagram dan dll.
  • Kemudian saspek berurusan terus dengan mangsa menggunakan Whatsapp dan diarahkan tekan pada link yang diberikan dan memuatturun aplikasi ‘D4 Durian’ untuk membuat bayaran.
  • Apabila tekan pada link yang diberikan akan membawa halaman yang menyerupai ‘FPX Transaction ‘ dan sebaik sahaja mangsa memasukkan username dan password, sistem pembayaran tersebut akan tergendala.
  • Kemudian, mangsa menerima mesej dari pihak bank terdapat pemindahan wang dari akaun pengadu ke akaun pihak ketiga (amaun yang tinggi daripada harga pembelian tersebut)

Nasihat

  • Jangan sesekali memuat turun apa-apa aplikasi yang tidak pasti ketulenan aplikasi tersebut.
  • Jangan mendedahkan Username, Password dan apa-apa maklumat perbankan kepada pihak ketiga.

Hati-hati! Anda mungkin adalah mangsa Modus Operandi terbaru ini!

Sumber: Facebook IPD Timur Laut

 

Artikel/Berita Terkini

PENGANGGUR MILIKI 33 REKOD JENAYAH BERJAYA DIBERKAS DI TAWAU

TAWAU (7 Mei):  Polis menahan dua orang suspek lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kes memecah masuk sebuah kedai runcit di …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI SOKONG PENUH PINDAAN ORDINAN BURUH SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan Negeri menyokong penuh pindaan terhadap Ordinan Buruh Sabah (OBS) bagi memastikan rakyat dan masyarakat industri …
Maklumat Lanjut