PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN MASJID NEGARA KEPADA PERSATUAN WANITA IBU TUNGGAL SELANGOR (WITUS)

Seramai 30 orang dalam kalangan asnaf serta ibu tunggal melalui Persatuan Wanita Ibu Tunggal Selangor (WITUS) telah menerima bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM 300 setiap seorang di Taman Samudera, Batu Caves. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Imam Besar Masjid Negara, Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni. Turut serta pada majlis ini adalah Puan Shiella yang merupakan Presiden WITUS.

Terima kasih kepada sukarelawan dan para pegawai masjid yang meningkatkan inisiatif menjejaki penerima-penerima yang layak. Setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang yang memberi kepercayaan kepada institusi masjid bagi menyalurkan sumbangan mereka kepada insan yang memerlukan. Semoga kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini dapat disambut dengan penuh makna.

Tangan dihulur, Bantuan disalur, Marilah bersyukur.

# Sahabat Kuliah Masjid Negara

# Bahagian Dakwah, Jakim

# Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

#Gandakanpahalaelakandosa

#KeluargaSejiwaJakim

#ramadankareem #ahlanyaramadan #marhabanyaramadan

Telegram

https://t.me/masjidnegaraofficial

Instagram

https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia

Twitter

https://twitter.com/masjidnegara?s=09

Facebook

https://www.facebook.com/masjidnegaramalaysia/

 

Sumber : FB MASJID NEGARA MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …