KEMAAFAN DI AIDILFITRI

Perbuatan memohon serta memberi kemaafan merupakan satu amalan yang mulia di sisi syarak. Ini adalah diantara adat resam orang Islam ketika menyambut Aidilfitri adalah dengan saling bermaafan di antara satu sama lain. Ucapan yang paling sering kita dengar ketika sambutan Aidilfitri adalah ‘maaf zahir dan batin’. Oleh itu mampukah seseorang itu untuk menjadi seorang yang pemaaf secara hakiki ketika menyambut Aidilfitri.

Erti memberi kemaafan adalah apabila seseorang itu mampu untuk membalas kejahatan yang dilakukan terhadapnya atau menuntut sesuatu daripada mereka yang melakukan kesalahan tersebut namun dia tidak melakukannya malah dia memaafkannya secara ikhlas demi mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.

Terkadang merasakan begitu sukar untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita. Terkadang juga kita masih terbawa-bawa dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap kita bertahun-tahun yang lampau dan ianya masih lagi menjejaskan hubungan kita dengan pihak tersebut. Ini sebenarnya secara tidak langsung menyalahi perintah Allah S.W.T untuk mencintai sesama muslim. Sabda Nabi S.A.W:

“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dalam Shahih Al-Bukhari)

Bersamalah kita memberi kemaafan di Syawal yang mulia.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …