OPS MERAH SEMPENA DI AMBANG OPS HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Butterworth, 28 April 2022 – Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB), JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Ops Merah secara berfokus di sekitar Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.

Penguatkuasaan ini dilaksanakan kerana tahap kesedaran dan pematuhan lampu isyarat merah amat rendah dan masih ada pengguna jalan raya yang sengaja abaikan peraturan berhenti ketika lampu isyarat merah.

Hasil penguatkuasaan yang telah dilaksanakan pada semalam dan hari ini mendapati :
• 32 notis saman telah dikeluarkan atas kesalahan gagal patuh lampu isyarat merah
• 10 notis saman memotong barisan (potong Q)
• 7 notis saman menggunakan telefon bimbit semasa memandu
• 6 notis saman Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsurans
• 4 notis saman tiada lesen memandu

Pengguna jalanraya adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak daripada dikenakan tindakan saman serta memastikan pemanduan anda selamat serta memiliki lesen memandu yang sah semasa memandu.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …