???,??? ????????? ????? ?????????? ????????? ????
KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2022 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba mengumumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama agensi pelaksana, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), akan menerajui pembangunan industri teknologi dron (DroneTech) tempatan. Ia bertujuan untuk membangunkan 5 juara DroneTech bertaraf antarabangsa, di samping menempatkan Malaysia di antara 10 negara teratas di dunia untuk kesediaan dron (peraturan) dan penggunaan dron (pasaran) menjelang tahun 2030.
Bidang tumpuan yang terpilih untuk pembangunan dron secara intensif melibatkan sektor Pertanian, Logistik, Media Kreatif dan Rekreasi, Pemuliharaan Alam Sekitar, Pertahanan dan Maritim, Kawalan Penyakit, Mitigasi dan Bantuan Bencana, Perancangan Harta Tanah dan Pembinaan serta Tenaga.
Kerajaan menyasarkan 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui Industri dron di Malaysia, selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mosti #stie #STIpemacuekonomi #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #Drone
SUMBER: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)Β https://www.facebook.com/officialmosti