OPS HRA 2022 & ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA

OPS HRA 2022 & ADVOKASU KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WPKL

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2022 – Literasi OPS HRA 2022 & Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersama Pengarah JPJ WPKL, YBrs. Tuan Mohd Zaki Bin Ismail  di Plaza Tol Batu, Kuala Lumpur semalam. Advokasi dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tersebut memberi tumpuan kepada penunggang dan pembonceng motosikal.

Beberapa perkara yang dititikberatkan dalam advokasi kali ini adalah aspek keselamatan seperti kebolehlihatan, penggunaan topi keledar, cermin sisi, lampu hadapan dan belakang berfungsi dengan baik. Melalui nasihat dan pesanan juga, JPJ turut menekankan pematuhan undang-undang seperti tidak melanggar lampu isyarat, tidak menggunakan telefon bimbit semasa menunggang motosikal, tidak membuat pengubahsuaian motosikal sesuka hati dengan tidak mematuhi standard piawaian yang dibenarkan serta mempunyai lesen memandu dan lesen kenderaan Motor (LKM).

Selain menyampaikan advokasi, JPJ turut mengedarkan pelekat pantulan cahaya keselamatan kepada pengguna motosikal. Melalui pendekatan advokasi yang dijalankan pada ops kali ini, rata-rata pengguna motosikal menyatakan rasa lega dan menyambut baik setiap teguran yang disampaikan. Dengan adanya kaedah advokasi ini pengguna jalan raya berpeluang mendapatkan penjelasan di atas kesalahan dan kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya yang dikuatkuasakan oleh pihak JPJ.

Literasi dan Advokasi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri dengan slogan Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasi ini turut disertai oleh YBrs. Tuan Zulkifly Bin Ismail, Timbalan Pengarah JPJ WPKL dan YBrs. Tuan Azharul Izwan Bin Puaadi, Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya & Korporat JPJ WPKL bersama pegawai dan anggota unit operasi dan UKJRK.

 

SUMBER: FB JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR  https://www.facebook.com/JPJWPKL

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut