BERAYA DI PERBATASAN

Keghairahan dan kegembiraan menyambut Syawal serta merayakan Aidilfitri bagi seluruh umat islam makin dirasai. Ianya merupakan hari kemenangan bagi mereka yang telah menunaikan ibadah puasa sepanjang tempoh bulan Ramadhan.

Namun bagi sesetengah pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) tugas kepada negara adalah menjadi keutamaan. Di dalam kegembiraan bersama keluarga dan sanak saudara menyambut Hari Lebaran, terdapat pegawai serta anggota yang sentiasa mengawasi setiap inci sempadan negara agar kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Pengorbanan individu-individu ini adalah amat besar dan memerlukan kesabaran yang tinggi terutama kepada keluarga tercinta.

            Sesungguhnya marilah kita rakyat Malaysia untuk sentiasa mendoakan keselamatan perajurit-perajurit yang melaksanakan tugas dan beraya di perbatasan serta kesejahteraan setiap keluarga-keluarga mereka yang sedia berkorban.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …