OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN BAZAR AIDILFITRI DALAM KAWASAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN (MBS)

   

SEREMBAN, 27 April 2022 – Satu Operasi Bersepadu Penguatkuasaan dan Pemantauan Bazar Aidilfitri Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah diadakan di sekitar Senawang. Tujuan operasi ini diadakan adalah untuk memastikan penganjur bazar aidilfitri mematuhi syarat-syarat penganjuran bazar aidilfitri yang ditetapkan oleh MBS serta mematuhi SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Peralihan ke Endemik yang telah berkuatkuasa bermula pada 1 April 2022.

   

Sebanyak 93 anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi termasuk MBS, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan pemeriksaan di 295 buah tapak perniagaan.

Hasil operasi ini, sebanyak dua (2) notis dikeluarkan oleh MBS atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa notis dan satu (1) notis arah tutup kerusi meja. Selain itu, teguran dibuat kepada peniaga dan pengunjung supaya mematuhi SOP.

   

Operasi seumpama ini diadakan bagi memastikan penganjur bazar aidilfitri mematuhi syarat-syarat penganjuran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggung jawab dan memainkan peranan dalam membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak Covid-19 di Negeri ini.

   

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut