SELIDIK SEMUA MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI MENERUSI INTERNET

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Pengukuhan Minda Komuniti Siber)

Maklumat yang datang dari satu sumber harus dibandingkan dengan sekurang-kurangnya 2 sumber yang berlainan lain untuk memastikan faktanya tidak berubah.​

Tambahan pula dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) oleh pemberi perkhidmatan dan platform media sosial, sangat kerap maklumat yang kita dapat adalah hasil daripada pilihan yang kita lakukan- Apa yang kita “Like”, “Dislike”, dan “Follow”.​

Apabila kita dihidangkan dengan jenis maklumat yang sama, hasilnya kita tidak boleh membuat perbandingan dengan sumber yang lain bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut. Buatlah keputusan berdasarkan maklumat yang sahih sahaja. ​

Kempen Kilik Dengan Bijak (KDB) Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

Sumber:

Klik Dengan Bijak

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …