KEJADIAN OKT MELARIKAN DIRI DARI LOKAP BERPUSAT BAYAN BARU, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah mengadakan Sidang Media ???????? ??? ????????? ???? ???? ????? ???????? ????? ???? ?????? ????? ?????? di Bazar Ramadan, Bayan Baru, Pulau Pinang pada 27 April 2022.

Satu kejadian Orang Kena Tangkap (OKT) yang ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah pencegahan khas) 1985 telah melarikan diri dari Lokap Berpusat Bayan Baru, Pulau Pinang pada 26 April 2022 jam lebih kurang 12.05 malam.

Ekoran darpada insiden tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap (6) orang pegawai polis yang bertugas di Lokap Berpusat Bayan Baru ketika kejadian berlaku dan kesemua suspek ditahan reman selama (3) hari bagi membantu siasatan.

Usaha-usaha untuk mengesan OKT yang masih bebas sedang giat dijalankan oleh PDRM Kontinjen Pulau Pinang. Kerjasama daripada orang awam amat diperlukan dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat yang berkaitan boleh berhubung terus pegawai penyiasat ASP Fazly b. Abdullah melalui no.talian 012-4445788

Kes ini disiasat dibawah seksyen 223 Kanun Keseksaan dimana penjawat awam dengan cuai membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan seksyen 224 Kanun Keseksaan dimana tentangan/halangan terhadap penangkapan yang sah disisi undang-undang. Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh boleh sampai (2) tahun dan dikenakan denda atau kedua-duanya.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut