SUKARELAWAN DBKL TURUN PADANG

KUALA LUMPUR, 28 APRIL 2022 – Sukarelawan DBKL telah turun padang melaksanakan kerja-kerja pembersihan ini meliputi 25 lokasi hotspot banjir kilat yang telah dikenal pasti oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Diketuai Datuk Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, sukarelawan DBKL turun padang di sekitar Kuala Lumpur bergotong royong membersihkan kawasan-kawasan yang dikenalpasti berlaku banjir kilat.

Sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai jawatan ini telah membersih dan mengenalpasti punca berlaku air bertakung khususnya di atas bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan.

Seramai 1000 orang sukarelawan terlibat turun padang meliputi kawasan di Parlimen Bukit Bintang dan Parlimen Lembah Pantai.

Turut menyertai gotong royong ini adalah lain-lain Pengarah Eksekutif dan ketua-ketua jabatan DBKL.

Program turun padang ini dapat mengenalpasti secara langsung punca berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur untuk tindakan segera.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …