MAJLIS PENYERAHAN BEG RAYA, SUMBANGAN AIDILFITRI DARIPADA TABUNG KEBAJIKAN TUDM DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KELAB PERWIRA KEPADA WARGA MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA

   

SENDAYAN, 27 Apr 22 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Beg Raya kepada warga Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2022.

PPLU turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada Tabung Kebajikan TUDM dan sumbangan kebajikan daripada Kelab Perwira kepada warga MPPLU yang telah dikenalpasti layak menerima sumbangan tersebut. Semoga dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penerima dan keluarga serta sebagai tanda sokongan, penghargaan dan keprihatinan kepada warga TUDM. Di akhir majlis, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM turut beramah mesra dan menyampaikan ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga MPPLU khususnya dan TUDM amnya.

Sumber : FB TUDM 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …