TANGKAPAN DAN RAMPASAN OP KLON KHASHOGGI

 

KUALA LUPUR, 27 April 2022 – YDH Ketua Polis Kuala Lumpur telah mengadakan sidang media berkenaan Tangkapan dan Rampasan Op Klon Khashoggi. Pihak Polis telah berjaya menangkap (9) orang suspek yang terdiri daripada (6) orang lelaki Melayu, (2) orang lelaki India dan (1) orang lelaki Cina. Rampasan sebanyak (26) buah kenderaan iaitu (12) buah kenderaan jenis Toyota Vellfire, (05) buah kenderaan jenis Honda, (03) buah kenderaan jenis BMW, (03) buah kenderaan jenis Mercedes Benz, (02) buah kenderaan jenis Mazda dan (01) buah kenderaan jenis Ford. Jumlah keseluruhan rampasan barang kes dianggarkan berjumlah RM3 Juta.

Daripada (9) orang suspek yang ditangkap, seramai (1) orang berjaya dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, (2) orang masih dalam siasatan pihak Polis dengan tempoh tahanan reman sehingga 27 April 2022 dan selebihnya diberi jamin Polis. (2) orang suspek masih bebas dan dikesan oleh pihak Polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berniaga harta curi.

Selain itu, YDH Ketua Polis Kuala Lumpur turut menasihati pembeli kenderaan untuk membuat semakan dengan lebih terperinci sebelum membeli kenderaan yang dijual pada harga yang tidak munasabah.

Sumber: FB Polis KL https://www.facebook.com/PolisKL

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut