SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE-88

27 APRIL 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut (TLDM) Ke-88 kepada seluruh warga TLDM, Veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TLDM.

Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka Baginda amat menghargai dan menyanjung tinggi jasa, khidmat dan bakti TLDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

Semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan laut yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

Syabas dan tahniah.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …