MESYUARAT PENYELARASAN BAGI MEMBINCANGKAN ISU-ISU PENYELUDUPAN DADAH DI NEGERI KELANTAN

 

Perbincangan Kota Bharu’ pada hari ini telah menghimpunkan beberapa pegawai-pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Utama seperti PDRM, ATM, Immigresen, Kastam, Maritim, Jabatan Laut, Majlis Keselamatan Negara dan beberapa agensi penguatkuasa lain bagi membincangkan kaedah terbaik untuk bekerjasama dalam menangani isu penyeludupan dan penyalahgunaan dadah di Sempadan Negeri Kelantan khususnya.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YDH CP Dato’ Shafien Bin Mamat, Ketua Polis Negeri Kelantan berlangsung di Kota Bharu Kelantan hari ini. YBrs. Puan Rohayu Binti Ahmad, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan turut hadir bersama Ketua Jabatan dan wakil agensi kerajaan lain.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …