KEMPEN KESEDARAN ZAKAT HASIL TANI,TERNAKAN DIPERGIATKAN

 

KOTA BHARU – Program Penerangan Kesedaran Zakat Pertanian dan Zakat Penternakan Negeri Kelantan serta Muamalat dalam Pertanian Negeri Kelantan telah berlangsung di Dewan Masjid Muhammadi, Isnin lalu.
Program anjuran bersama pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jabatan Mufti Kelantan dengan kerjasama Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) tersebut bertujuan mempromosi secara khusus berkenaan zakat pertanian dan penternakan di Kelantan.
Di samping itu, kempen tersebut bermatlamat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan bayaran zakat bagi memenuhi tuntutan rukun Islam.
Dalam majlis tersebut, Imam Tua Masjid Muhammadi Al Fadhil Ustaz Osman Mat Zin yang mewakili Timbalan Ketua MAIK memaklumkan jumlah kutipan zakat secara keseluruhan pada tahun 2021 ialah RM210,322,169 dan RM830,952 daripadanya ialah hasil kutipan zakat pertanian dan penternakan.
“Secara keseluruhan, jumlah kutipan zakat penternakan telah meningkat sebanyak 15 peratus iaitu RM10,813 pada tahun 2020 kepada RM12,409 pada tahun 2021. Manakala bagi zakat pertanian pula meningkat 8.52 peratus daripada RM818,543 pada tahun 2020 kepada RM754,249 pada tahun 2021,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …