MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA PERINGKAT 4 DIVISYEN

KUALA LUMPUR – Panglima 4 Divisyen, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran telah meluangkan masa hadir ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat 4 Divisyen bertempat di Masjid Muhammad Al-Fateh (MAF), Kem Wardieburn pada 21 Apr 22.

Majlis ini bertujuan mengimarahkan Ramadan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Ia juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga Kem Wardieburn dan jemaah Masjid MAF serta Ahli BAKAT.

Acara dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim dan doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh PS 2 Agama MK 4 Div, Lt Kol Wan Rozali Wan Mohamad bersama-sama peserta-peserta tadarus yang terdiri daripada pegawai dan anggota Kem Wardieburn serta ahli-ahli BAKAT 4 Div. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta oleh Panglima 12 Bgd, Brig Jen Sani S. Omar.

Pelaksanaan program ini selaras dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menekankan pengukuhan kerohanian dan ibadat.

– Sel Perhubungan Raya –

– Divisyen Keempat Infantri Malaysia –

SUMBER: FB MARKAS 4 DIVISYEN https://www.facebook.com/profile.php?id=100064753264276

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …