PEMANTAUAN PEMATUHAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN HARI RAYA PUASA 2022

 

KOTA BHARU : KPDNHEP Negeri Kelantan telah membuat pemantauan melibatkan penandaan, pematuhan bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 di Pasaraya Mydin, Tunjong Kota Bharu, Kelantan dan juga di beberapa buah pasaraya di daerah ini.
Menjelang perayaan Hari Raya Puasa 2022 yang bakal disambut pada 3 Mei ini, kementerian meneruskan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 berkuatkuasa pada 26 April sehingga 6 Mei 2022 iaitu tujuh hari sebelum, 2 hari semasa dan tiga hari selepas perayaan.
Objektif untuk menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan.
Semua peniaga hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan dan sentiasa beretika dalam menguruskan perniagaan, manakala pengguna mesti mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …