PENUTUP BENGKEL PEMANDUAN KERETA TURUS PERINGKAT 4 DIV

KUALA LUMPUR –  Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Pemanduan Kereta Turus Peringkat 4 Div Tahun 2022 di Dewan Dato’ Othman Harun pada 22 Apr 2022.

Kursus ini merupakan anjuran Sel KPD MK 4 Div yang bermula pada 19 hingga 22 Apr 2022 bertempat di Dewan Kuliah 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja (74 Bn KPD) melibatkan seramai 24 penuntut dari pasukan-pasukan di bawah naungan 4 Div.

Objektif kursus ini bertujuan memberi peringatan kepada peserta tentang tatacara dan etika memandu kereta turus dengan betul, penekanan dalam aspek penugasan dan disiplin serta meningkatkan keyakinan dan kemahiran apabila diberi sesuatu penugasan. Acara penutup bengkel ini diadakan bersama Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat 4 Div yang dilaksanakan setiap tahun.

Penganjuran bengkel ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

– Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …