PROGRAM PEMANTAUAN DAN HEBAHAN SOP PERALIHAN FASA ENDEMIK PASAR RAMADAN TELOK MAS

Telok Mas, 26 April – Program Pemantauan dan Hebahan Pematuhan SOP Peralihan Fasa Endemik telah dijalankan di lokasi tumpuan awam iaitu di Pasar Ramadan Telok Mas. Program tersebut adalah program jalinan kerjasama daerah antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dan Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah .

Program ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap kepatuhan dan kesedaran orang awam terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Peralihan Fasa Endemik yang perlu dititikberatkan semasa menjalankan aktiviti dan urusan perniagaan di kawasan terbuka bagi tujuan mengawal penularan wabak COVID-19.

Program dimulakan dengan hebahan IOW oleh Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka dan Pengarah JaPen Negeri Melaka sekitar 5.30 petang dan disusuli dengan walkabout bersama para peniaga dan para pengunjung. Program yang berkonsepkan santai dan bersemuka ini antara lain adalah untuk memberi peringatan kepada masyarakat dan mengajak mereka agar sentiasa prihatin tentang kesedaran keselamatan dan secara tidak langsung dapat mewujudkan sebuah komuniti yang bertanggungjawab dan peka seiring dengan hasrat kerajaan.

Tahniah warga Telok Mas! Terus patuhi SOP….

Bersama kita putuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

#kitajagakita #TelokMashebat #MKNMelaka #PMRMT

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …