PLUS TINGKATKAN KEMUDAHAN DEMI KESELESAAN PENGGUNA

PLUS menjangkakan lebih 2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada setiap Hari Puncak di antara 29 April hingga 9 Mei sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Justeru, semua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta Hentian Sebelah kami telah bersedia untuk menerima lonjakan trafik ini.

Semua R&R dan Hentian Sebelah akan dibuka 24 jam setiap hari, di mana ratusan gerai makanan dan minuman, surau serta tandas awam disediakan sepanjang masa demi keselesaan pelanggan.

Sekiranya berlaku kesesakan, kawasan rehat mungkin ditutup sementara untuk mengurangkan gangguan trafik di sepanjang lebuh raya. Ketika langkah ini diambil, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk ke hentian rehat yang berikutnya atau plaza tol terdekat untuk kemudahan tandas dan surau alternatif.

Bagi meraikan perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar, pelanggan boleh dapatkan kopi percuma di kawasan rehat terpilih agar kembali segar untuk menyambung semula perjalanan.

Di kesempatan ini, PLUS ingin mengingatkan semua pelanggan yang mengunjungi kawasan rehat supaya kekal mematuhi SOP Covid-19 terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan untuk keselamatan dan kesejahteraan semua.

 

SUMBER: PLUS MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kejuruteraan …
Maklumat Lanjut

JOHOR PERTINGKAT CAPAIAN INTERNET PANTAS PERCUMA

Kerajaan Johor melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri ini, sekali gus membolehkan Bangsa …
Maklumat Lanjut