MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADAN 1443/2022M PERINGKAT IPD PUTRAJAYA

PUTRAJAYA – Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal melabuhkan tirai, IPD Putrajaya telah menganjurkan Program Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadan 1443/2022m Peringkat Ipd Putrajaya. Program ini telah dibimbing oleh Ustaz Mohd Fahmi Bin Mahmud dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA).
YDH ACP A. Asmadi Bin Hj. Abdul Aziz – Ketua Polis Daerah dan Supt. Mohd Hafiz Bin Shamsudin – Timbalan Ketua Polis Daerah bersama-sama ketua-ketua bahagian, pegawai kanan, anggota dan pegawai awam hadir bagi menjayakan majlis ini.
Program sebegini diadakan bagi melahirkan warga IPD Putrajaya yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berhemah dan cintakan Al Quran. Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan seharian.
Ianya juga bagi menghargai dan mengiktiraf peserta program tadarus yang berjaya khatam Al-Quran didalam bulan Ramadan kali ini. Meningkatkan penghayatan bulan Ramadan di kalangan warga IPD Putrajaya seterusnya melahirkan generasi kharia ummah.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …