DIDIK PENDUDUK, AMALKAN KEBERSIHAN

Semporna, 23 Februari 2020 –  Program Kesedaran Kesihatan dan Kebersihan siri pertama telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini dengan kehadiran lebih 200 orang penduduk Kampung Simunul, Semporna.

Program ini juga diserikan dengan kehadiran beberapa orang VVIP iaituYB ADUN Bugaya , Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, dan juga kumpulan Veteran Tentera, Kem Sri Wangsa.Objektif utama program adalah untuk mendidik penduduk tentang kaitan penjagaan kebersihan dengan kesihatan dan kelestarian alam sekitar memandangkan daerah Semporna pernah mencatatkan kes tertinggi demam denggi dengan rekod 140 kes.

Penerangan tentang penyakit atau wabak COVID-19, polio dan denggi diberi oleh Dr Murali Tiarasan, Pegawai Kesihatan Daerah Semporna diikuti dengan penerangan tentang pengurusan sisa pepejal oleh Pegawai Alam Sekitar. Pegawai Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah Tuan Amir Shah Ahmad Noor turut menyampaikan Perkongsian Human Security bagi meningkatkan lagi kefahaman penduduk kampung tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Pengisian program dimantapkan lagi dengan aktiviti gerak gempur membersihkan kawasan sekitar secara gotong royong melibatkan semua penduduk Kampung Simunul. Aktiviti ini amat disambut baik oleh penduduk kampung, mereka berjaya mengumpul 200 plastik sampah dalam masa kurang 15 minit. Secara keseluruhannya, objektif prorgam tercapai , orang Kampung berharap akan ada lagi program seumpama ini dijalankan. Setinggi – tinggi penghargaan diucapkan kepada Majlis Daerah Semporna, PPM Semporna, JAPEN dan penduduk Kampung Simunul atas sokongan.

Artikel/Berita Terkini

AHLI PERNIAGAAN 30-AN RUGI HAMPIR RM1 JUTA

Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas dipercayai ditipu sindiket tawaran perniagaan dalam talian yang …
Maklumat Lanjut

6 PELATIH PUSPEN JELEBU LARIKAN DIRI, SEORANG DITANGKAP SEMULA PAGI TADI

Polis mengesahkan seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan semalam, berjaya …
Maklumat Lanjut

LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video …
Maklumat Lanjut