KEMPEN JELAJAH OP SELAMAT 18 PDRM BERSAMA PETRONAS DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pulau Pinang, 25 April 2022 – Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad dan Kumpulan Keselamatan Petronas mengadakan Kempen Jelajah OP Selamat 18 PDRM bersama Petronas.
Jelajah ini akan bermula pada 23 April sehingga 24 April 2022 di stesen minyak Petronas bagi zon utara Negeri Pulau Pinang yang terpilih seluruh negara dengan melibatkan petugas JSPT, JPJKK dan Petronas secara mobile.

Destinasi pertama yang menjadi pilihan untuk kempen ini ialah Stesen Minyak Petronas Sungai Lokan, Daerah SPU. Seterusnya, kempen ini dijalankan pada hari yang sama di stesen minyak Petronas Bayan Baru Daerah Barat Daya dan stesen minyak Lebuh Raya BKE Daerah SPT. Pada 24 April 2022 pula, Stesen Minyak Petronas Sungai Bakap Layby, Daerah SPS menjadi lokasi terakhir kempen ini diadakan di Pulau Pinang. Kempen ini akan meneruskan perjalanan berikutnya hari ini ke stesen minyak Petronas Kampung Kedah, Kerian Perak.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengguna jalan raya untuk menjadi pemandu yang berhemah, lebih mematuhi peraturan jalan raya dan menanamkan sikap sentiasa mengutamakan keselamatan dan tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kecemasan sepanjang masa, agar selamat sampai ke destinasi.

Antara pengisian aktiviti yang akan diadakan adalah Advokasi Keselamatan Jalan Raya oleh PDRM dan Petronas, Go To Safety Point (GTSP) oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan pemberian goodies percuma kepada orang ramai yang hadir.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut