LAWATAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR KE BAZAR AIDILFITRI LORONG TUANKU ABDUL RAHMAN

Sekitar lawatan YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman pada 22 April 2022 yang lalu.

Di dalam lawatan ini, YBhg. Datuk Bandar telah melihat suasana bazar Aidilfitri tersebut dan juga menyampaikan goodies bag kepada penjaja-penjaja di bazar tersebut. Beliau juga telah diberikan penerangan mengenai maklumat terkini berkaitan statistik pengunjung dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh Jabatan Pelesenan & Pembangunan Perniagaan dan Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Sejak Bazar Aidilfitri ini dibuka, mulai 9 April 2022 jumlah pengunjung yang telah hadir sehingga 22 April 2022 adalah sebanyak 210,000 pengunjung manakala jumlah pengunjung harian yang paling tertinggi adalah pada Ahad lepas (17 April 2022) dimana jumlah pengunjung adalah 21,600 orang.

Hadir sama di dalam sesi lawatan ini adalah YBrs. En Khairul Anuar bin Mhd Juri, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan dan YBrs. Puan Zurida Binti Hashim, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL.

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …