MAJLIS IFTAR PENYERAHAN BAKUL MAKANAN KEPADA MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA (MPKSM) & PROGRAM PSIKOSOSIAL KEMBARA SKUAD WAJA WP LABUAN EDISI RAMADAN

MAJLIS IFTAR PENYERAHAN BAKUL MAKANAN KEPADA MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA (MPKSM) & PROGRAM PSIKOSOSIAL KEMBARA SKUAD WAJA WP LABUAN EDISI RAMADAN
WP LABUAN – MAIWP Labuan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menganjurkan Majlis Iftar dan Penyerahan Bakul Makanan kepada Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia (MPKSM).
Pada majlis yang sama turut hadir beberapa Pertubuhan (NGO) seperti pertubuhan HAWA dan Skuad WAJA dalam menjayakan program tersebut.
Dalam program tersebut MAIWP Labuan telah mengagihkan simbolik bakul makanan kepada seramai 30 orang asnaf yang berdaftar dengan pertubuhan MPKSM dan Skuad WAJA.
MAIWP Labuan telah membelanjakan berjumlah RM17,500.00 kepada 393 penerima bakul makanan yang merupakan golongan asnaf melalui MPKSM dan Skuad WAJA.
“MAIWP Labuan menyambut baik dan mengalu-alukan sekiranya terdapat pertubuhan /NGO yang ingin bekerjasama dengan MAIWP Labuan melalui program – program dalam usaha mencari dan membantu golongan yang kurang berkemampuan”, menurut Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan.
Turut hadir dalam majlis tersebut Us. Mohd Radzaleih bin Matusin, Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan, En. Mohd Ansharey bin Martasad, Pengarah JKM, Liu Kim Pau@Jessica, Penolong Pengarah, JPW dan En. Ab.Rasil bin Hajatil, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan.
SUMBER: MAIWP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …