LIMA (5) KESALAHAN UTAMA JALAN RAYA TIDAK BOLEH DIKOMPAUN SEMPENA PENGUATKUASAAN OPS HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JPJ Negeri Pulau Pinang memaklumkan penguatkuasaan terhadap 5 kesalahan utama tidak dibenarkan untuk dikompaun sebaliknya perlu diselesaikan di Mahkamah sahaja. 5 kesalahan tersebut adalah kesalahan tidak mematuhi lsyarat lampu merah, memandu melebihi had laju (AWAS), mengguna telefon bimbit semasa memandu, memandu di lorong kecemasan dan memotong barisan (Potong Q).

Untuk makluman sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 yang akan bermula pada 29 April sehingga 8 Mei 2022, kesalahan-kesalahan lain seperti memotong garisan berkembar, tidak pakai tali pinggang keledar, membawa lebih muatan dan muatan bahaya juga akan  dikuatkuasakan sepenuhnya. Tumpuan kawasan penguatkuasaan adalah di lebuhraya PLUS, jalan persekutuan, jalan utama negeri, pusat bandaraya dan kawasan kerap kemalangan.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh kepada peraturan dan undang- undang semasa memandu bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan saman, serta terlibat kemalangan disebabkan kecuaian. Ingat kecuaian semasa memandu boleh mengundang padah. Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasi.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …