PERKHIDMATAN SHUTTLE BAS PERCUMA ANTARA CIQ, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (BSI) KE JB SENTRAL

JOHOR BAHRU, 23 April 2022 – Kerajaan Negeri Johor menyediakan perkhidmatan ‘shuttle’ bas secara percuma antara Bangunan Sultan Iskandar CIQ ke JB Sentral bermula 23 hingga 30 April 2022. Perkhidmatan bas shuttle ini akan mengambil penumpang dari Jalan Tun Abdul Razak (City Square) , dan ke Jalan Jim Quee seterusnya akan menuju ke drop off point di BSI dengan kekerapan 10 minit. Kekerapan ini akan ditambah pada waktu puncak seperti hujung minggu dan cuti perayaan. Pengguna boleh mengelakkan kesesakan di jambatan pejalan kaki dengan menaiki bas ‘shuttle’ tersebut. Polis bantuan juga akan berada di sekitar kawasan tersebut bagi membantu orang ramai dan melancarkan pergerakan pengguna. Cara itu diharapkan dapat mengurangkan kesesakan di BSI dan JB Sentral terutamanya kebanjiran pengunjung dari Singapura selepas sempadan negara dibuka pada 1 April 2022 yang lalu.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

#BangsaJohor
#MKNJohor
#KeepJohorSafe
#BerdiriBersamaJohor
#KeluargaMalaysia
#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Sumber:
Onn Hafiz
Perbadanan Pengangkutan Awam Johor

 

Artikel/Berita Terkini

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 2: TIDAK BOLEH DUDUK DIAM)

Ada anak yang sukar duduk diam walaupun hanya beberapa minit. Mereka gemar berlari, memanjat, melompat dan sentiasa bergerak ke sana …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL – 5 SIKAP INI SEBENARNYA TANDA BAKAT LUAR BIASA

Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel …

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …