PENGUATKUASAAN KHAS OPS MOTOSIKAL SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (HRA) 2022

DASAR KESELAMTAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

JPJ Negeri Pulau Pinang akan melaksanakan Penguatkuasaan Khas motosikal sempena sambutan HRA 2022 sebelum dah selepas perayaan HRA 2022 bersama agensi penguatkuasa dan juga penguatkuasaan khas secara harian dilokasi-lokasi strategik yang ditetapkan JPJ negeri, bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dilokasi terpilih serta laluan utama motosikal. Ops HRA 2022 akan mula dilaksanakan pada 29 April hingga 08 Mei 2022.

Sasaran utama Ops motosikal ini menfokuskan kepada kesalahan lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan lnsuran, pemakaian topi keledar, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran, tidak menggunakan lorong motosikal dan lain-lain kesalahan teknikal seperti pengubahsuaian sistem brek dan pemasangan lampu HID. Dalam Ops Khas ini advokasi keselamatan jalan raya juga akan dilaksanakan.

Dengan penguatkuasaan ini, harapan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang agak tinggi akan dapat dikurangkan serta advokasi keselamatan yang akan turut dilaksanakan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya Korporat (UKJRK), JPJ Negeri Pulau Pinang diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal serta pematuhan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya disamping pemanduan secara berhemah dan bertimbang rasa semasa dijalan raya. Keselamatan dijalan raya tanggungjawab bersama. Kecuaian boleh mengundang padah. Pandu Cermat dan Selamat Sampai ke Destinasi.

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut