150 ANAK YATIM DARI KELANTAN – TERENGGANU DIRAI DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA

 

KOTA BHARU – Persatuan Lebah Emas Malaysia telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih dan penyampaian sumbangan duit raya kepada 150 anak yatim dari Kelantan dan Terengganu di Hotel Grand Reverview, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Pembangunan Wanita negeri YB Dato’ Mumtaz Md Nawi semasa berucap berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan kelpelbagaian program yang diadakan oleh agensi-agensi dan NGO-NGO kepada anak-anak yatim.
“Program yang julung kali diadakan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negeri dan memperlihatkan kasih sayang yang wujud daripada semua pihak,” katanya.
Sementara itu, pada majlis tersebut turut diadakan persembahan nasyid istimewa lantunan Hafiz Hamidun, dikir barat dendangan Fendi Kenali, Aris Kapilla dan Den Manjo.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut