AKTIVITI PENGUATKUASAAN OLEH KPDNHEP JOHOR: OMNIPRESENT DAN PEMERIKSAAN STESEN MINYAK DI TAMAN PERLING DAN KAWASAN SEKITAR JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 23 April 2022 – KPDNHEP Johor telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan: Omnipresent dan Pemeriksaan Stesen Minyak di Sekitar Taman Perling, @mart Kempas, Kipmall Tampoi dan Perling Mall.

Hasil pemantauan/pemeriksaan:
A) Pemeriksaan Pasar Pagi
  • Menjual barangan harga terkawal mengikut harga kawalan.
  • Alat timbang yang digunakan masih dalam tempoh sah.
B) Omnipresent – Keberadaan Penguatkuasa
  • Pemeriksaan yang dibuat di premis sekitar mendapati premis-premis yang diperiksa mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP dan melalui pemeriksaan ini telah menunjukkan keberadaan dan keprihatinan Penguatkuasa KPDNHEP dalam menguatkuasakan undang-undang serta mewujudkan suasana perdagangan yang seimbang.
C) Pemeriksaan Stesen Minyak
  • Semua kenderaan berdaftar Singapura yang diperiksa hanya mengisi minyak Ron97/Ron100
  • Terdapat sekurang-kurangnya seorang Pump Attendant di semua stesen yg diperiksa untuk pemantauan
  • Semua stesen minyak patuh akta yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP (tanda harga diletakkan, dispenser masih dalam tempoh penentusahan dan lesen dipamerkan.

         

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut