PROGRAM PELITA RAYA BEAUTIFUL TERENGGANU 2022

KUALA TERENGGANU, 24 APRIL 2022 – Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sekali lagi menganjurkan Program Pelita Raya Beautiful Terengganu yang telah bermula pada 22 hingga 26 April 2022 dengan penyertaan pertandingan pelita raya oleh 8 buah Pejabat Daerah di Negeri Terengganu. Gerai-gerai jualan pelbagai makanan moreh tradisi Terengganu juga tersedia untuk para pengunjung menjamu selera.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mencatatkan rekod kedatangan 1897 pengunjung pada 22 April 2022 (Jumaat) dan 3153 pengunjung pada 23 April 2022 (Sabtu). Pihak penganjur telah mengambil tindakan penambahbaikan bagi memastikan pematuhan SOP berada pada tahap maksima. Para pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan video tiktok dan pertandingan fotografi selfie/wefie.

Disamping menghayati keindahan cahaya peliita yang disusun mengikut pelbagai bentuk, orang ramai jugak dapat menerapkan elemen perpaduan dan semangat Keluarga Malaysia sepanjang program ini berlangsung melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan selaras dengan Dasar Keselamatan Negara yang menerapkan nilai teras Kesepaduan Nasional dikalangan masyarakat.

Apa lagi.. Jom melawat Terengganu!!!

? Kampung Budaya Terengganu

Kompleks Muzium Negeri Terengganu

Terengganu

Jangan lupa pakat maghi rama-rama dehhh..

“Let’s Visit Beautiful Terengganu, Stay Safe”

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut