SUASANA PERSIAPAN AIDILFITRI TAHUN INI LEBIH MERIAH SELEPAS DUA TAHUN DILANDA COVID-19

Suasana Bandar Labuan di hujung minggu agak meriah dengan warganya yang mula membuat persiapan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba. Warga Labuan tidak melepaskan waktu yang terluang ini untuk membeli barang-barang keperluan dan pakaian bagi sambutan hari raya Aidilfitri.
Sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini lebih meriah setelah hampir dua tahun negara kita dilanda wabak Covid-19 dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Walau bagaimanapun, masyarakat perlu bijak merancang perbelanjaan agar tidak menghadapi masalah kewangan selepas berakhirnya musim perayaan nanti.
Foto : Md Khairul Azad Yunus/Jabatan Penerangan WP Labuan

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …