MEDIA PERLU SEMAI INTEGRITI

WP LABUAN – Penggiat media di wilayah itu perlu menyemai nilai-nilai integriti dalam melaksanakan tugas serta peranan masing-masing. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan (PL), Rithuan Mohd Ismail, Agama mengajar kita betapa perlunya integriti dalam menyampaikan maklumat dan bertanggungjawab memelihara amanah yang disampaikan.
“Justeru, semaikanlah nilai integriti sama ada informasi yang disampaikan oleh pengamal media rasmi dan profesional mahupun saluran media tidak rasmi seperti Facebook, Youtube dan cabang lain di media sosial,” katanya semasa berucap di Majlis Moreh Bersama Media Dan Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Penyambut Tetamu Perbadanan Labuan, semalam.
Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan atas kerjasama dan hubungan baik di antara PL dan media selama ini. “Sepanjang hubungan ini, kita sudah menyaksikan pelbagai peristiwa yang bukan sahaja berita positif bahkan berita negatif juga mewarnai persada media Labuan. “Sungguhpun demikian, situasi di Labuan masih berjalan dengan tenang dan banyak isu dapat diselesaikan oleh pihak yang memikul tanggungjawab itu termasuklah Perbadanan Labuan,” jelasnya.
SUMBER: MALAYSIAAKTIF

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut