LIMA DITAHAN CUBAAN SELUDUP 3,000 KARKAS BABI HUTAN

 

TUMPAT – Cubaan lima lelaki tempatan untuk menyeludup 3,000 kilogram (kg) karkas babi hutan ke Thailand gagal apabila mereka ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di sebuah pangkalan haram di Pangkalan Kubor, di sini pada Khamis.

Lima suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan sejurus anggota PGA mendapat maklumat berkait aktiviti penyeludupan pada jam 7.20 malam semasa umat Islam sedang berbuka puasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kejayaan rampasan dan penahanan suspek tersebut turut dibantu oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman yang telah berjaya mengesan kegiatan itu.

Sejurus dikesan, sepasukan anggota telah digerakkan untuk membuat serbuan di kawasan pangkalan haram itu.

Anggota bertugas kemudian telah berjaya menahan semua suspek dan merampas sebuah lori.

Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori tersebut telah menjumpai 3,000 kg karkas babi hutan yang dianggarkan bernilai RM75,000.

Azhari berkata, kesemua barangan itu dipercayai cuba dibawa keluar secara haram ke Thailand menggunakan bot.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut