80 PERATUS PENGEMIS DI KELANTAN PENERIMA BANTUAN JKM

 

KOTA BHARU – Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JKM Negeri, Mohamad Md Nor berkata, rata-rata mereka menjadikan lokasi tumpuan awam untuk melakukan kegiatan itu seperti sekitar hadapan bank, pekarangan Masjid Muhammmadi, Pasar Siti Khadijah dan Laman Hijau.

Katanya, antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah disebabkan ingin mendapat wang tambahan selain untuk menampung kos rawatan disebabkan faktor kesihatan.

“Pihak kami ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak tertipu dan berhati-hati ketika bersedekah dan menderma memandangkan hampir 80 peratus mereka yang ditahan adalah penerima bantuan bulanan JKM.

JKM turut melancarkan Kempen Bijak Membantu Elak Tertipu untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai untuk memberi bantuan sewajarnya kepada pengemis dan peminta sedekah kerana kita mendapati terdapat segelintir daripada mereka mempunyai wang simpanan sehingga mencecah RM20,000,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat JKM negeri, di sini, selepas menyertai Operasi Bersepadu Pengemis JKM bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dengan kekuatan anggota seramai 32 orang, pada Sabtu.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …