LABUAN – PL telah menyelaras perbincangan di antara pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersama ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan WP Labuan. Perbincangan umum mengenai isu Hak Asasi di WP Labuan ini telah memberi suatu ruang perkongsian berguna bagi pihak SUHAKAM mengenalpasti masalah dan isu berkaitan hak asasi di Labuan dan mencadangkan syor yang sesuai ke pihak atasan.
En. Fadzilah bin Hj. Mahmud, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) PL mewakili PL mengalu-alukan kehadiran delegasi dari SUHAKAM yang diketuai oleh YBrs. Tuan Jerald Joseph, Naib Pengerusi SUHAKAM. Turut hadir sama dalam perbincangan, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di WP Labuan.


SUMBER: PERBADANAN LABUAN