INFO INTEGRITI MKN BIL.2/2020 – TIDAK HADIR BERTUGAS

 

Kes tidak hadir bertugas adalah merupakan penyumbang utama bagi kes-kes tatatertib di Majlis Keselamatan Negara setiap tahun.

Merujuk kepada Peraturan 23 dan Peraturan 24, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, “ketidakhadiran” bermaksud tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pun pada masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas, Ketua Jabatan hendaklah dengan seberapa segera melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan beserta dengan tarikh-tarikh dan hal berkaitan ketidakhadiran tersebut serta apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan pegawai tersebut.

Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai tersebut mengikut Peraturan 27 atau Peraturan 28, setelah menimbangkan laporan yang dikemukakan oleh Ketua Jabatan.

Pegawai juga perlu menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai sekiranya terdapat pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di dalam Peraturan ini. Pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melakukan pelanggaran tatatertib, juga boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut